Ada seorang lelaki ni agak muda, dia berbicara tentang politik.. cakap dia sumpah tak nak kalah. Daripada apa yang aku dengar, aku beranggapan dia ni pro-government. Aku tak kisah pun. Aku kan cakap, aku ni tak tahu sangat politik. Sebab politik itu kotor. Tetiba ada seorang pakcik menyampuk. Dan daripada apa yang aku dengar juga, aku dapat rasakan pakcik ni pro-pembangkang. Ok, sekarang sila rasakan situasi tegang apabila team pro-kerajaan berjumpa team pro-pembangkang.
sikit lebih kurang nak jadi cam ni! hahaha
Selepas itu, keluar la ayat-ayat maki memaki antara dua team ni. Selain itu, maka keluarlah perkataan-perkataan kotor yang menunjukkan ketinggian IQ and EQ mereka yang tidak boleh berbincang. LANTAK KAU! Aku dengar lagi. Sampai satu tahap, pakcik ni mula menyuarakan isu-isu Islam yang tidak digunakan dalam undang-undang M'sia seperti hudud. Maka lelaki muda ni kata si tua ni kolot dan hudud akan menambahkan huru hara. Aku terkejut! Beristighfar aku dalam hati. Terpikir sama ada lelaki ini sedar atau tidak apa yang dia cakap? Pakcik tu pon geleng kepala. Hoi orang muda, itu undang-undang, Allah yang gubal tau!!
Lelaki muda ni pula mengeluarkan isu kemajuan negara. Dia pon berhujah bla..bla..bla.. yang aku tau dia kata kalau pembangkang pegang negara, negara tak maju. Aku rasa mamat ni tak de point sangat. LANTAK KAU sekali lagi. Tetiba bila dia rasa pakcik tu tak setuju dengan dia, lelaki muda tu cakap cam ni, "pakcik tak tau politik! setakat baca surat khabar, cerita pasal agama tau la! baik pakcik diam!" aku ketawa dengan kekurang-cerdikkan mamat ni.
aku rasa mereka CONFUSED!
Sebenarnya banyak antara kita yang confused, sama ada mereka TAHU politik atau mereka OBSES politik. Tahu politik, maksudnya korang boleh nilai mana yang betul dan mana yang salah, tak kira lah ianya dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Korang boleh berbincang isu politik dengan mana-mana pihak sekalipun tanpa menyebelahi mana-mana parti dengan aman. Obses politik, ini yang selalu terjadi dalam negara kita dimana, kita terlalu obses dengan kerajaan mahupun pembangkang, hingga mengenepikan segala yang rasanya tak betul. Maksudnya tak kira la diorang buat apa sekalipun korang akan sokong buta-buta.
Maka, kerana terlalu ramai yang OBSES politik, ramailah yang pejam mata je bila ada apa-apa yang salah berlaku dalam negara. Dan orang-orang yang memejamkan mata ni nanti sila lah jawab dengan Allah diakhirat kelak. Ingin aku ingatkan di dalam hati kita mesti dan wajib ada perasaan ingin menukar perundangan kita kepada perundangan Islam. Jangan komen pasal hudud or anything about agama, if u really no nothing about it! tolonglah jangan tunjukkan kebodohan kamu depan aku!
So, aku ni pro-kerajaan ke pro-pembangkang? aku? politik? politik itu kotor.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan