Ahad, 12 Februari 2012

Melayu dan adab.

Post kali ini aku nak panjangkan lagi isu melayu dan adab. Kalau korang tanya, aku ni melayu ke? Aku ni Melayu la kot.. Bapak aku melayu n mak aku bukan melayu. So, aku 50% melayu...


Hidup Melayu!!!!

Malas rasanya nak ulas apa ciri-ciri Melayu. Kalau kau melayu, kau mesti tau diri kau tu melayu, kalau nak lupa daratan, tak nak mengaku melayu pon ok.. tak pe.. aku tak marah kau. Kalau kau bukan melayu, kau baca senyap-senyap!

Seperti yang kita tau orang melayu ni banyak adatnya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kadang-kadang adat melayu ni melampau-lampau sangat sampai bercanggah dengan Islam dan terjadilah adat-adat yang syirik dan khurafat. Aku kadang-kadang rimas dengan adat orang melayu ni. Sorry to say, but sometimes ada adat dia yang aku rasa sangat tak logik.

Selain dari tu orang melayu ni terkenal dengan adab sopannya. Itu dulu la. Sekarang? 20% je kot daripada melayu yang beradab. LANTAK KAU! Aku rasa, zaman sekarang ni nak sopan kene tengok orang dan tempat, kalau orang tu contohnya pak ustaz ataupon orang tua yang baik, boleh la kau nak beradab sopan dengan dia, tapi kalau dengan orang tua yg pergi dangdut, jenis mabuk, makan rasuah tu yang kau nak beradab sopan, apa kejadahnya. Itu bukan beradab, itu kurang cerdik namanya.


beradab orang melayu ni tau!

Berbalik kepada isu melayu dan adab. Kita ni terlalu terikat pada adab. Sampaikan salah sikit, orang dah kata kita tak beradab. Pernah sekali aku digelar biadab oleh kawan aku yang ortodoks kerana aku menegur seorang tua yang baling tin air dalam longkang. Aku pulak yang dia kata biadab, habis yang pakcik tu buang sampah dalam longkang, tak baidab namanya.


untuk pakcik, dan sesiapa saja yang suka buang sampah sepah-sepah.
ini untuk anda!

Sebab itu aku kata, kita ni terlalu terikat dengan adab. Sampai menegur orang tua buat salah pon dikira biadab. Dah kenapa? Tak semestinya orang tua ni sentiasa betul. Kedua, kes mamat ni. Siapa tak kenal dia kan? Kalau tak kenal sila lah kau hantukkan kepala ke dinding sebanyak sepuluh kali. Adam Adli n the gang!

Ketua Mahasiswa Biadab.. Adam Adli.

Ramai yang mengatakan dia biadab kerana menurunkan bendera bergambar manusia yang lebih tua dari dia. Ramai yang meroyan. Tindakan berani dia dianggap biadab. Kesian aku tengok orang-orang yang meroyan. Nak buat macam mana. Tapi berbalik kepada isu asal, aku rasa kalau di tempat-tempat lain, kes dia ni simple je, tak de hal la! Tetapi alangkah malangnya kita sebab berstatuskan melayu hingga tindakan sebegini tidak lagi dianggap berani dan dipandang positif.

 Bagi aku, sepatutnya korang boleh fikir, apa yang korang nak marahkan orang yang menyuarakan pendapat seperti aku n adam adli ni (sebab aku ngan adam ni dianggap biadab hehe). Adam ni berani menyuarakan protes secara terbuka je. Chill. Tak payah cuak. Tiba-tiba dia jadi biadab, sebab dia melayu. Konsepnya tak boleh buat macam tu, tak boleh buat demo, tak boleh buat protes, ikut je apa yang ORANG TUA dah buat. Follow je buta-buta. Maka, jadilah kau yang lain lalang..

Aku rasa Adam Adli ni berani. Korang yang rasa dia biadab sebab korang penakut. Takut nak express korang punya pendapat secara extreme. sekian!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan