Sabtu, 11 Februari 2012

MAK BAPAK kau tak ajar ke????

haha... Ni ayat sensetif bagi diri aku yang hina lagi penakut ni. Aku memang anti kalau ada orang marah and berselangkan ayat serupa ni.. ataupun ayat-ayat lain yang berunsurkan keibu bapaan ni. Aku rasa org2 yang menggunakan ayat serupa ini adalah orang yang kurang cerdik dan kurang kasih sayang.

Dan aku memang marah, sampai ingin saja aku benamkan org yang berkata-kata tu mcm ni! Biar kau rasa!

Cerita ni bermula petang beberapa hari lepas, aku ke masjid untuk solat Asar. Masa aku dah nak habes solat, aku dengar bising suara orang jerit-jerit kat depan masjid. Sebab suara pak cik ni kuat sangat, tak berapa khusyuk solat aku jadinya. Selesai solat, aku pon nak keluar masjid tu, lalu la kat pakcik yang terpekik pekik marahkan orang. Sebab malas nak campur, aku pon terus pergi ke rak kasut, tapi aku terdengar " kecik-kecik macam ni kau dah pandai mencuri! mak bapak kau tak ajar ke? " Aku menyirap!

Aku pusing. Aku ingat yang dimarah tu budak remaja ke, penagih ke or bebudak belasan tahun, sekali tengok, budak kecik je. Dua orang budak dalam umur 6-12 tahun, yang aku rasa adik beradik. Ditangkap oleh pakcik tadi rasanya kerana mencuri duit dari tabung masjid. Yang adik dia dah melalak kat situ and abang dia peluk adik dia sambil pandang pakcik yang macam kena rasuk tu dengan beraninya. Dua dua budak ni lelaki.

Aku perhatikan je. Kuatnya suara pakcik tu sampai ke dalam masjid boleh dengar. Ok, memang budak tu salah, tapi itukah cara terbaik untuk menegur? Bagi aku, ini adalah cara ortodoks atau kuno yang digunakan orang dulu! Aku sangat tak setuju dengan cara pakcik tu yang memarah budak tu depan khalayak ramai. Sekali lagi kaum pakcik2 bertindak sebagai kononnya orang prihatin depan aku! Dan aku memang menyampah tahap sampah!

Bagi aku, budak sekecil itu tak tahu apa sangat pon. Boleh kan kalau nak slow talk baik-baik. Aku tak rasa budak itu akan jadi agresif ke sampai perlu dimarah hingga satu alam dengar. Adakah pakcik tadi menyiasat mengapa kanak-kanak tadi mencuri? Aku yakin dan pasti tidak! Manalah tau sama ada budak tu lapar ataupun untuk kegunaan lain yang munasabah.

Lagi satu, pengunaan 'mak bapak tak ajar' itu sendiri sangat kasar untuk digunakan pada kanak-kanak. Secara logiknya, mana ada mak bapak yang tak mengajar anak mereka untuk jadi baik? Kalau salah anak itu sekalipun janganlah dilibatkan ibu bapanya.

Dan ini adalah kesimpulan yang aku buat untuk dihayati:

" Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghinamu"
Imam Asy-Syafi'e








Tiada ulasan:

Catat Ulasan