Selasa, 21 Februari 2012

Ada kebaikkan disebalik setiap kesedihan!

sedih siot muka budak ni!

pernah tak korang rase tiba-tiba je sedih? Pernah? Aku tertanya-tanya kenapa kita tiba-tiba je boleh rasa sedih, walaupon tak ada apa-apa pon yang berlaku.

Firstly, aku memang tengah rasa sedih sekarang ni. Tapi aku cuba juga untuk tak menangis. Aku macho kot. Mana boleh nangis. haha.. Tak la, cuma hati ni rasa tak sedap. Rasa sedih je.

Mungkin ada sebab disebalik setiap kesedihan. Ada yang sedih kerana permergian seseorang, ada yang sedih kerana kecewa, ada yang sedih kerana tgk tv. LANTAK korang la nak sedih pasal apa.

Yang pasti setiap kesedihan yang diberi Allah kepada kita, mungkin sebagai satu ujian. Ujian untuk kita jadi lebih dewasa, lebih baik dan mungkin tanda yang menyuruh kita lebih mendekatkan diri dengan Dia. Harap-harap macam tu la.

Harap-harap kesedihan ini memberi sesuatu pada diri aku. Harap-harap ianya tidak lagi terjadi dalam hidup aku. Amin.

Result exam aku keluar hari ni... Damn! teruk gila siot!

phewww!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan