Selasa, 28 Februari 2012

tak haram bro!

Ni adalah kata-kata dari seorang kawan aku. Haha.. Bijak budaknya. Pandai lagi cerdik, tapi bab-bab agama ni dia lebih kurang aku je.. Cuma bab belajar memang dia super terror dari aku..

Dia ni kadang-kadang aku tengok dah macam budak terbiar pon ada. Biasa la, zaman sekarang, zaman duit, mak bapak kerja, anak terbiar. Tapi, mak bapak kerja untuk kita gak bro!

Kisahnya haritu, dia ni pergi mewarnakan rambut dia kat rumah aku. Aku pelik lalu bertanya,
aku : bro, lu buat ape ni?
dia : gua ingat lu bodoh je, rupanya satu set ngan buta skali, gua colour rambut la
aku : gua tau la lu colour rambut. Asal sampai kat rumah gua? Apa bapak lu dah      bankrup ke, lu dah x mampu nak colour rambut kat kedai?
dia : mulut lu boleh tahan gakkan. tak brani la suh kedai buat!
aku : abeh, yg lu buat ni tak macam huru hara plak. colour tak rata semua ni? apa      yang tak braninya?
dia : banyak bunyi plak lu ni. takut la plak yang kedai punya haram.
aku : yang lu guna tu tak haram ker?
dia baling botol colour rambut tu kat aku. sambil cakap "tak haram bro.."
aku tergelak.. dulu aku pon ada colour rambut. Tapi lepas aku tau benda ni, aku tak colour dah.

member aku nak buat colour cam ni la..

Korang nak tau ape yang aku tau?
Aku tau konsep halal kat botol colour rambut.
Maka aku pon terangkan kat kawan aku ni. Sebenarnya, kepada yang belum tahu, memanglah dekat botol tu cakap colour tu halal. Halal disini bermaksud kandungan bahan-bahan nak buat colour tu dari sumber yang halal.
Penggunaannya aku tak pasti halal ke tak. Tapi yang aku tau, mewarna rambut ni membuatkan mandi wajib tidak sah. Ini kerana, warna tadi dah menyaluti rambut kita dan akan menghalang air kena pada rambut.
Lu orang x payah nak bodoh2 kan gua la. Tak payah nak cakap ngan gua, buat pe nak mandi wajib? Gua lempang muka lu laju2. So, siapa yang ada colour rambut tu, apa citer mandi wajib korang?

tak pasti brand ni ada tanda halal ke tak..

selepas aku ceritakan kisah aku tu... respon dari member aku :
dia : asal lu tak bilang gua awal2. Gua kene colour hitam balik ar ni?
Aku : colour hitam?
dia : ya la.. aduh!!

member aku tu lembab sikit! aku bayangkan dia cam ni.. kesian!

aku beristighfar... x paham lagi rupanya kawan aku ni. Boleh tahan lembab gak kau ni!
Pada yang lain, yang dah colour rambut tu, kalau nak ubah balik, jangan colourkan jadi hitam. Pergi lunturkan semula colour tu. Plus, colour rambut ni bagi aku kira berdosa la jugak, sbb kau mengubah kejadian tuhan. Dah tuhan bagi kau rambut hitam, kau nak jadikan purple bagai tu buat pe. Alang-alang nak colour tu, aku nasihatkan kau colour warna hijau daun, boleh promote STOP LYNAS... SAVE EARTH! yeah!

Stop Lynas! hahaha

Green is what? Green is good!


Stop LYNAS!!!!
lets save our country!
save human!
save earth!
save MALAYSIA...

STOP LYNAS!!!!!!

walaupun aku terlambat sikit.. hehe... ;))

Selasa, 21 Februari 2012

Ada kebaikkan disebalik setiap kesedihan!

sedih siot muka budak ni!

pernah tak korang rase tiba-tiba je sedih? Pernah? Aku tertanya-tanya kenapa kita tiba-tiba je boleh rasa sedih, walaupon tak ada apa-apa pon yang berlaku.

Firstly, aku memang tengah rasa sedih sekarang ni. Tapi aku cuba juga untuk tak menangis. Aku macho kot. Mana boleh nangis. haha.. Tak la, cuma hati ni rasa tak sedap. Rasa sedih je.

Mungkin ada sebab disebalik setiap kesedihan. Ada yang sedih kerana permergian seseorang, ada yang sedih kerana kecewa, ada yang sedih kerana tgk tv. LANTAK korang la nak sedih pasal apa.

Yang pasti setiap kesedihan yang diberi Allah kepada kita, mungkin sebagai satu ujian. Ujian untuk kita jadi lebih dewasa, lebih baik dan mungkin tanda yang menyuruh kita lebih mendekatkan diri dengan Dia. Harap-harap macam tu la.

Harap-harap kesedihan ini memberi sesuatu pada diri aku. Harap-harap ianya tidak lagi terjadi dalam hidup aku. Amin.

Result exam aku keluar hari ni... Damn! teruk gila siot!

phewww!


Jumaat, 17 Februari 2012

they are heroes!!

I was like wow! Did anyone still remember about BERSIH 9.0.. Shamed on me cause that time, i was on holiday wit my frens in Singapore.. heard that there is some demo in S'pore too, but im not sure. That time i was really didn't know what it is about. But now i truly understood, n guys, whoever joined it, no matter it is in m'sia, s,pore, oz, london, ny, or hk.. u guys are awesome, more than that, i respect n salute all of u!!

this video showed my appreciation from us to all of u guys.. (i didnt made this vid, credit to those who made it.. err, u awesome too)


i didnt care who n who are in this vid.. u are still the best!

some of our kind that brave + awesome that day!! salute!!!

auntie anne or fame wit auntie Bersih


pak Samad, heard that he caught by police that day... but not sure.

this is some of them, there is a lot of others out there that joined the demo to have a clean election, but i cant put all of them here... my appreciation goes to all of u!

and some more heroes that i think we should know, n their name will be written in future history books.. The student which i called heroes... here,

Safwan Anang. The one who get injured during the demo in upsi..


dont wanna introduce him anymore. Everyone knw him. His other name is Hero.
ADAM ADLI

Some of these people younger than me, and some are too old. They still fight for their right and me? What did I do for myself n my future generation? I did nothing. Thats why, i really feel like loser when seeing them fight for my right. What? Fight for my right? WTF? Why did they care damn much about me? Because they love my future, they wanna save me, they wanna make me live better. Its not only  for me, its for us.

So, if these young and old people can think, why should't we?

Khamis, 16 Februari 2012

Layak ke kita?

Aku tengok-tengok video kat youtube, then ada satu video ni pasal ceramah agama.. Agak tersentuh bila aku dengar ceramah ustaz muda ni. Sampai aku terfikir, apa sumbangan aku pada parents aku? apa yang aku pernah buat untuk happykan diorang?

Memanglah bak kata ustaz ni 'ibu bapa yang mencorakkan anak-anak' but, are u going to put all the blame to ur parents? Memang la salah ibu bapa kalau kurang berikan kita didikan agama.. tapi kita kan dah besar, dah boleh pikir sendiri. Bukan susah sebenarnya nak bezakan salah betul sesuatu tu. Kita yang pilih nak buat.

Kalau korang kata, mak bapak aku la weyh yang ajar aku buat bende ni semua.. mak ayah aku tak pernah ajar aku sembahyang ke bab2 agama ni semua, so tak salah kalau aku tak praktikkan.. Yes, dude u're so damn right... dun worry, coz ur child will say the same when u died! So, are u going to change now, or are u going to spoilt ur other generation? its ur choice dude!

so guys, this is the video, hope all of u get something from here..


this is yo! the intro is a bit boring since it is the topic explaination bla bla bla, but don stop watching bcos it give u something... hope it'll touch ur heart!
so, kita ni sebenarnya sedang bagi pahala ke dosa pada mak ayah kita? start thinking yo!

Aku dan Ayahandaku!

Aku ni memang jahat. Selalu kene pukul dengan ayah aku. Ayah aku ni tersangat garang ok, kalau nak cerita pasal marah, kat mana-mana je dia boleh marah. Pernah sekali dia turunkan aku dari kereta, masa tu umur aku 14 tahun. Dia turunkan sebab aku bising menyanyi kat dalam kereta tu. Lepas tu aku kene balik jalan kaki. And aku ni pulak bijak sangat, malam baru aku sampai rumah sebab aku singgah rumah kawan aku dulu. Akibatnya aku kena rotan, sampai rotan patah. hebattttt!

kekadang ni pun bole ganti rotan ayahanda aku
Ayah aku ni, semua benda dalam hidup anak-anak dia, dia akan tentukan. Terutama pelajaran. Sebab tu sebelum ni aku ada kata yang ayah aku paksa aku amik science courses kat university walaupun aku minat arts. Memang tak le dia nak bagi kannn... harapan...

aku blom jd se-nerd ni lagi ok.

Dalam adik beradik aku, aku boleh dikatakan product yang failed la.. hahaha.. buruk benor bunyinya! Sebab kakak aku, belajar kat oz.. and dia dah kahwin n tinggal kat sana dah pun. Dah lama gak aku tak jumpa dia. Adik aku pulak SPM tahun lepas, tapi dia dah dapat masuk UPM dah.. result belum keluar lagi dia dah kesana, tak de life langsung.. yang aku pulak, jangan nak kata lepas SPM masuk university, siap ayah aku buat rayuan lagi untuk masuk university baru aku dapat masuk.. begitu la bezanya aku n adik-beradik aku..

Aku jenis yang suka duduk sorang-sorang. Takdenye aku nak join family aku gathering ke ape ke. Selalunya aku lepak dengan mama aku je. Mama aku ni selalu back up aku kalau aku kena marah. Mama aku pernah mintak maaf kat aku sebab dia kata dia tak perasan bila aku membesar, salah aku jugak, aku suka sangat duduk diam sorang-sorang. Aku rasa, aku habiskan 75% masa aku duduk dalam bilik. Kesian mama aku...

Hidup aku n fam aku x de la susah sgt. Kitaorang hidup senang. Pernah sekali aku n fam aku duduk kat oversea selama 4 tahun sbb ayah aku sambung belajar. Time tu adik ngan kakak aku je suka. Aku tak brape nak suka. Masa tu umur aku 9 tahun lebih kurang la. Aku tak berapa ingat. Kenapa aku tak suka? Sebab cinta aku tertinggal di Malaysia... gatal aku ni masa kecik kecik.. hahaha.. Aku sememangnya tak pernah hidup susah, tapi aku tak pandang rendah orang susah, sbb diorang lg berani and kuat semangat dari aku ni.. Tapi bila dah lama kat oversea, aku suka sbb awek sana lg cun! muahaha... memain je!

kerja aku bila aku tak de kerja? aku suka online, masak, n gitarrr..! haritu ayah aku baru putuskan tali gitar aku sbb aku memekak. Phewww... nasib baik dia tak humban terusss... eleh tapi aku guna duit dia gak betulkan tali tu.. hahaha


I love u mama... n ... ayah.. hahaha

Selasa, 14 Februari 2012

Bila si otak kosong berbicara!


Video ni aku selitkan kepada yang nak bersembang rakyat kononya tapi sebenarnya sembang tempah neraka bagi semua yang berotak kosong. Aku bukan nak mengutuk effort some people that try to promote  political issue to others.. but this ain't good dude! this is so damn rubbish! Aku rasa menjadi tanggungjawab aku memperbetulkan kesalahan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon murahan yang tak berapa nak tahu hukum Allah.. And shame on you for giving the bad expression to those who non-Muslim there and watchers about HUDUD!

here, i want to QUOTE some of the dialogue that seem unexpected from this video..
kak free hair baju biru said : negeri lain pakai hukum hudud ke, pasal negeri lain tak seteruk negeri dia tu?
                                           : kalau guna hukum hudud pon, tak jadi apanya...
pakcik bersongkok : lagi teruk jadinya... (respon tu kak freehair baju biru)

ok let's start with the kakak baju biru yang free hair yang berani menidakkan hukum Allah itu adalah yang terbaik..

to kakak baju biru, kau bandingkan negeri yang bermasalah dengan negeri lain yang ada masalah yang sama. Kalaupun ramai penghidap AIDS di kelantan tak bermakna takde langsung penghidap penyakit tu kat negeri lain, malah lebih teruk lagi, kes-kes bunuh, rompak, kelab malam, judi, dan juga rogol banyak terjadi di negeri-negeri lain yang juga tidak menggunakan HUDUD.

Cuba bandingkan negara kita dengan negara yang menggunakan HUDUD. Seperti negara Arab. Nak cerita kan selamatnya negara yang menggunakan hukum hudud ni, diorang boleh pergi solat tanpa menutup kedai, mengeluarkan beratus ribu duit dari bank tanpa menggunakan pengawal. Dari situ kita nampak bertapa keselamatan kita terjamin. So,kau faham? Jangan bandingkan sampah dengan sampah, kerana kedua-duanya tetap sampah!

Korang kata kalau guna hudud pon tak jadi apanya.. ok, sekarang kau bagitau aku apa yang jadi kalau tak guna hudud? Polis makin ramai tapi rakyat masih hidup dalam ketakutan? rompak tak henti-henti, rogol sana sini.. itu yang kau suka kan? Maka, teruslah kau hidup dalam Negara Islam pada nama saja ni.. Negara Islam, tapi rasuah bersepah and pemimpin hidup senang padahal rakyat masih berlapar. Tahniah!

Selain daripada apa yang dibincangkan oleh orang-orang jahil di atas, ada lagi yang aku ingin katakan tentang hudud. Korang kata HUDUD itu KEJAM. Kat mana kejamnya aku tak nampak? Sebab hukum pancung? Potong tangan? Sebat beratus kali? Here, orang-orang yang masih tak tahu tentang hudud, meh sini aku bagitau..

ni pancung dalam HUDUD

Hukum pancung itu tidak kejam. Kenapa? Kerana pancung menggunakan senjata yang sangat tajam dan membuatkan si pesalah mati tanpa rasa sakit. Sekali lagi, tanpa rasa sakit. Jika dibandingkan dengan hukuman gantung, pesalah tidak terus mati, malah perlu mengalami sesak nafas dahulu dan mati beberapa saat selepas digantung. Electric chair tak payah cakap la. Lagi lambat mati. Korang mungkin nampak pancung tu kejam, sebab ianya berdarah, tapi kalau si pesalah tu rogol, bunuh, patah-patahkan ahli keluarga kau, kau nak kata pancung tu kejam? takkan?

potong tangan dalam hudud BUKAN MACAM NI!

Potong tangan kepada pencuri. Potong tangan ni bukan pada semua orang ya. Pencuri haruslah disiasat terlebih dahulu. Diharamkan memotong tangan pada pencuri yang lapar, kerana ini bukan kesalahannya tetapi salah jatuh kepada pemerintah. Pencuri akan dipotong tangan sekiranya semua keperluan asas kehidupannya telah terpenuhi tetapi sengaja mencuri untuk kepentingan sendiri. Tapi apa yang berlaku di negara kita? Pencuri botol shampoo di penjara sehingga 2 tahun tetapi orang yang mencuri berjuta-juta dipenjara setahun. Begitukah adil yang dimahukan?? kalau harta kau kene curi, penjara 6 bulan, pastu harta kau yang kau cari, kerja siang malam bertahun-tahun tu lesap cam tu je. And pencuri keluar balik, curi lagi, bukan susah mau hidup senang...


sebat. Ni perempuan, kalau lelaki kene berdiri. Pakaian perlu menutup aurat.
panjang dan saiz rotan juga tidak boleh terlalu panjang dan tebal.


Yang ketiga hukuman sebat. Contohnya sebat 100 kali bagi orang yang berzina. Ini tidak kejam. Jika nak dibandingkan dengan hukuman sebat di negara kita, memanglah sikit tapi sampai tersiat kulit. Sedangkan, menurut kata seorang ustazah, dalam hukum hudud, semasa melaksanakan hukuman sebat, jika diletakkan sebuah buku dan disuruh penyebat mengepit buku itu di ketiaknya, semasa mengangkat tangan ingin merotan, buku itu tidak terjatuh dari kepitan tangan. Sekarang bagitau aku, mana lagi kejam? Lagipun biarlah si penzina dan perogol ni kene hukuman macam ni. Kenapa kita nak takut gunakan hudud?

Mungkin ramai daripada yang bukan Islam di negara kita tidak bersetuju dengan hukuman ni. Tapi, kalau jabatan agama tu boleh dikuatkuasakan kepada Islam saja kenapa Hudud tak boleh?

Kalau kau nak sembang politik sampai air liur kau habis pon, tak payah la kau nak merendah rendahkan hukum Allah. Kalau kau bilang aku, kau cuma baca skrip, aku nak tanya, otak kau letak kat kaki ke tak tahu nak respect agama sendiri? Ke kau takut, kalau guna hudud semua orang wajib bertudung, kau dah tak boleh la nak tayang rambut perang kau tu. Yang disuruh sembang agama, orangnya macam ni... baik kau sembang sinetron tv3 tu je layaknya!

Ahad, 12 Februari 2012

Melayu dan adab.

Post kali ini aku nak panjangkan lagi isu melayu dan adab. Kalau korang tanya, aku ni melayu ke? Aku ni Melayu la kot.. Bapak aku melayu n mak aku bukan melayu. So, aku 50% melayu...


Hidup Melayu!!!!

Malas rasanya nak ulas apa ciri-ciri Melayu. Kalau kau melayu, kau mesti tau diri kau tu melayu, kalau nak lupa daratan, tak nak mengaku melayu pon ok.. tak pe.. aku tak marah kau. Kalau kau bukan melayu, kau baca senyap-senyap!

Seperti yang kita tau orang melayu ni banyak adatnya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kadang-kadang adat melayu ni melampau-lampau sangat sampai bercanggah dengan Islam dan terjadilah adat-adat yang syirik dan khurafat. Aku kadang-kadang rimas dengan adat orang melayu ni. Sorry to say, but sometimes ada adat dia yang aku rasa sangat tak logik.

Selain dari tu orang melayu ni terkenal dengan adab sopannya. Itu dulu la. Sekarang? 20% je kot daripada melayu yang beradab. LANTAK KAU! Aku rasa, zaman sekarang ni nak sopan kene tengok orang dan tempat, kalau orang tu contohnya pak ustaz ataupon orang tua yang baik, boleh la kau nak beradab sopan dengan dia, tapi kalau dengan orang tua yg pergi dangdut, jenis mabuk, makan rasuah tu yang kau nak beradab sopan, apa kejadahnya. Itu bukan beradab, itu kurang cerdik namanya.


beradab orang melayu ni tau!

Berbalik kepada isu melayu dan adab. Kita ni terlalu terikat pada adab. Sampaikan salah sikit, orang dah kata kita tak beradab. Pernah sekali aku digelar biadab oleh kawan aku yang ortodoks kerana aku menegur seorang tua yang baling tin air dalam longkang. Aku pulak yang dia kata biadab, habis yang pakcik tu buang sampah dalam longkang, tak baidab namanya.


untuk pakcik, dan sesiapa saja yang suka buang sampah sepah-sepah.
ini untuk anda!

Sebab itu aku kata, kita ni terlalu terikat dengan adab. Sampai menegur orang tua buat salah pon dikira biadab. Dah kenapa? Tak semestinya orang tua ni sentiasa betul. Kedua, kes mamat ni. Siapa tak kenal dia kan? Kalau tak kenal sila lah kau hantukkan kepala ke dinding sebanyak sepuluh kali. Adam Adli n the gang!

Ketua Mahasiswa Biadab.. Adam Adli.

Ramai yang mengatakan dia biadab kerana menurunkan bendera bergambar manusia yang lebih tua dari dia. Ramai yang meroyan. Tindakan berani dia dianggap biadab. Kesian aku tengok orang-orang yang meroyan. Nak buat macam mana. Tapi berbalik kepada isu asal, aku rasa kalau di tempat-tempat lain, kes dia ni simple je, tak de hal la! Tetapi alangkah malangnya kita sebab berstatuskan melayu hingga tindakan sebegini tidak lagi dianggap berani dan dipandang positif.

 Bagi aku, sepatutnya korang boleh fikir, apa yang korang nak marahkan orang yang menyuarakan pendapat seperti aku n adam adli ni (sebab aku ngan adam ni dianggap biadab hehe). Adam ni berani menyuarakan protes secara terbuka je. Chill. Tak payah cuak. Tiba-tiba dia jadi biadab, sebab dia melayu. Konsepnya tak boleh buat macam tu, tak boleh buat demo, tak boleh buat protes, ikut je apa yang ORANG TUA dah buat. Follow je buta-buta. Maka, jadilah kau yang lain lalang..

Aku rasa Adam Adli ni berani. Korang yang rasa dia biadab sebab korang penakut. Takut nak express korang punya pendapat secara extreme. sekian!

TAHU politik atau OBSES politik ?

Aku ni memang suka dengar orang bersembang and ambik seberapa banyak bende daripada apa yang aku dengar untuk aku kongsikan.. So, semalam...

Ada seorang lelaki ni agak muda, dia berbicara tentang politik.. cakap dia sumpah tak nak kalah. Daripada apa yang aku dengar, aku beranggapan dia ni pro-government. Aku tak kisah pun. Aku kan cakap, aku ni tak tahu sangat politik. Sebab politik itu kotor. Tetiba ada seorang pakcik menyampuk. Dan daripada apa yang aku dengar juga, aku dapat rasakan pakcik ni pro-pembangkang. Ok, sekarang sila rasakan situasi tegang apabila team pro-kerajaan berjumpa team pro-pembangkang.


sikit lebih kurang nak jadi cam ni! hahaha

Selepas itu, keluar la ayat-ayat maki memaki antara dua team ni. Selain itu, maka keluarlah perkataan-perkataan kotor yang menunjukkan ketinggian IQ and EQ mereka yang tidak boleh berbincang. LANTAK KAU! Aku dengar lagi. Sampai satu tahap, pakcik ni mula menyuarakan isu-isu Islam yang tidak digunakan dalam undang-undang M'sia seperti hudud. Maka lelaki muda ni kata si tua ni kolot dan hudud akan menambahkan huru hara. Aku terkejut! Beristighfar aku dalam hati. Terpikir sama ada lelaki ini sedar atau tidak apa yang dia cakap? Pakcik tu pon geleng kepala. Hoi orang muda, itu undang-undang, Allah yang gubal tau!!

Lelaki muda ni pula mengeluarkan isu kemajuan negara. Dia pon berhujah bla..bla..bla.. yang aku tau dia kata kalau pembangkang pegang negara, negara tak maju. Aku rasa mamat ni tak de point sangat. LANTAK KAU sekali lagi. Tetiba bila dia rasa pakcik tu tak setuju dengan dia, lelaki muda tu cakap cam ni, "pakcik tak tau politik! setakat baca surat khabar, cerita pasal agama tau la! baik pakcik diam!" aku ketawa dengan kekurang-cerdikkan mamat ni.

aku rasa mereka CONFUSED!

Sebenarnya banyak antara kita yang confused, sama ada mereka TAHU politik atau mereka OBSES politik. Tahu politik, maksudnya korang boleh nilai mana yang betul dan mana yang salah, tak kira lah ianya dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Korang boleh berbincang isu politik dengan mana-mana pihak sekalipun tanpa menyebelahi mana-mana parti dengan aman. Obses politik, ini yang selalu terjadi dalam negara kita dimana, kita terlalu obses dengan kerajaan mahupun pembangkang, hingga mengenepikan segala yang rasanya tak betul. Maksudnya tak kira la diorang buat apa sekalipun korang akan sokong buta-buta.

Maka, kerana terlalu ramai yang OBSES politik, ramailah yang pejam mata je bila ada apa-apa yang salah berlaku dalam negara. Dan orang-orang yang memejamkan mata ni nanti sila lah jawab dengan Allah diakhirat kelak. Ingin aku ingatkan di dalam hati kita mesti dan wajib ada perasaan ingin menukar perundangan kita kepada perundangan Islam. Jangan komen pasal hudud or anything about agama, if u really no nothing about it! tolonglah jangan tunjukkan kebodohan kamu depan aku!

So, aku ni pro-kerajaan ke pro-pembangkang? aku? politik? politik itu kotor.

Sabtu, 11 Februari 2012

MAK BAPAK kau tak ajar ke????

haha... Ni ayat sensetif bagi diri aku yang hina lagi penakut ni. Aku memang anti kalau ada orang marah and berselangkan ayat serupa ni.. ataupun ayat-ayat lain yang berunsurkan keibu bapaan ni. Aku rasa org2 yang menggunakan ayat serupa ini adalah orang yang kurang cerdik dan kurang kasih sayang.

Dan aku memang marah, sampai ingin saja aku benamkan org yang berkata-kata tu mcm ni! Biar kau rasa!

Cerita ni bermula petang beberapa hari lepas, aku ke masjid untuk solat Asar. Masa aku dah nak habes solat, aku dengar bising suara orang jerit-jerit kat depan masjid. Sebab suara pak cik ni kuat sangat, tak berapa khusyuk solat aku jadinya. Selesai solat, aku pon nak keluar masjid tu, lalu la kat pakcik yang terpekik pekik marahkan orang. Sebab malas nak campur, aku pon terus pergi ke rak kasut, tapi aku terdengar " kecik-kecik macam ni kau dah pandai mencuri! mak bapak kau tak ajar ke? " Aku menyirap!

Aku pusing. Aku ingat yang dimarah tu budak remaja ke, penagih ke or bebudak belasan tahun, sekali tengok, budak kecik je. Dua orang budak dalam umur 6-12 tahun, yang aku rasa adik beradik. Ditangkap oleh pakcik tadi rasanya kerana mencuri duit dari tabung masjid. Yang adik dia dah melalak kat situ and abang dia peluk adik dia sambil pandang pakcik yang macam kena rasuk tu dengan beraninya. Dua dua budak ni lelaki.

Aku perhatikan je. Kuatnya suara pakcik tu sampai ke dalam masjid boleh dengar. Ok, memang budak tu salah, tapi itukah cara terbaik untuk menegur? Bagi aku, ini adalah cara ortodoks atau kuno yang digunakan orang dulu! Aku sangat tak setuju dengan cara pakcik tu yang memarah budak tu depan khalayak ramai. Sekali lagi kaum pakcik2 bertindak sebagai kononnya orang prihatin depan aku! Dan aku memang menyampah tahap sampah!

Bagi aku, budak sekecil itu tak tahu apa sangat pon. Boleh kan kalau nak slow talk baik-baik. Aku tak rasa budak itu akan jadi agresif ke sampai perlu dimarah hingga satu alam dengar. Adakah pakcik tadi menyiasat mengapa kanak-kanak tadi mencuri? Aku yakin dan pasti tidak! Manalah tau sama ada budak tu lapar ataupun untuk kegunaan lain yang munasabah.

Lagi satu, pengunaan 'mak bapak tak ajar' itu sendiri sangat kasar untuk digunakan pada kanak-kanak. Secara logiknya, mana ada mak bapak yang tak mengajar anak mereka untuk jadi baik? Kalau salah anak itu sekalipun janganlah dilibatkan ibu bapanya.

Dan ini adalah kesimpulan yang aku buat untuk dihayati:

" Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, ia sebenarnya sedang menghinamu"
Imam Asy-Syafi'e








Jumaat, 10 Februari 2012

Aku.Pelajaran.Politik.Pandangan.


firstly, aku dan pelajaran. Aku ni budak pandai masa sekolah. Dengan SPM result aku dapat masuk university. Aku tak suka course yang aku amik. Macam nak bunuh diri aku belajar tapi still 1st sem and 2nd sem aku failed paper. itu membuatkan aku yang pandai masa sekolah, nampak bodoh bila dah masuk university. aku minat arts, tapi ayahanda aku tak suka. Jadi apa kene mengenanya? Nanti aku ceritakan pasal aku and ayahanda aku ni punya hal. Ok, aku budak sains ye. Dengan bangganya aku cakap.

Secondly, aku dan politik. Aku tak tahu sangat pasal politik. Politik tu apa? Aku failed sejarah masa sekolah. sekali lagi menampakkan aku bodoh. peduli apa aku. aku memang tak suka benda yang kene hafal menghafal ni. POLITIK? aku tak benci cuma aku tak faham. Politik itu bagi aku kotor. apa lagi politik di Malaysia terchenta ni. akan aku buktikan!

Aku dan pandangan. Aku bukan hape. Tapi nak cerita pasal pandangan ni aku malas. Pasal, orang Malaysia terchenta ni bukan boleh terima pandangan orang lain! Tau nak condemn je. Kau aje la yang betul. Sekali lagi, peduli apa aku!

aku tulis ni sebab aku yang penakut!

Aku yang PENAKUT!

Ni first entry aku. yang penting aku bukan yuna, tp lagu tu bole la.. aku ni memang penakut. aku senang kena panic attack! aku tak suka gak diri aku macam ni. this is the intro of me. tak perlu tahu yang lain. trimasss..